My JoTTer: Chong Wei mahu jumpa Misbun

Sabtu, 4 Jun 2011

Home » » Chong Wei mahu jumpa Misbun

Chong Wei mahu jumpa Misbun

MuHaMMaD | 3:39 PG |
JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mahu mengadakan pertemuan dengan bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek sebelum beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia yang bakal berlangsung di London, Ogos depan.
Bagaimanapun, pemain No. 1 dunia itu berkata, disebabkan faktor masa yang tidak mengizinkan, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu sehingga dia dan Misbun benar-benar mempunyai masa yang terluang.
“Sehingga kini saya masih sibuk dengan jadual harian saya yang padat.
“Sebaik sahaja pulang ke Malaysia daripada menyertai Kejohanan Badminton Piala Sudirman minggu lalu, saya perlu menghadiri sambutan Hari Belia di Putrajaya bersama-sama penaja saya, Proton.
“Hari ini (semalam) pula saya ada majlis pelancaran dengan Kaspersky kerana saya bertindak sebagai duta mereka di Malaysia.

“Jadi... faktor masa menjadi penghalang utama buat diri saya untuk bertemu dengan Misbun.
“Namun apabila saya dan Misbun ada mempunyai masa terluang nanti, saya pasti akan mengadakan pertemuan dengannya,” katanya.
Chong Wei, 29, berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran produk terbaru keluaran Kaspersky, ‘No Worries Plan’ di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Subang Jaya semalam.
Jelas Chong Wei, biarpun Misbun kini sudah lagi tidak menjadi juru- latihnya, namun dia masih lagi mengharapkan tunjuk ajar serta pandangan daripada ‘sifunya’ itu sebagai persediaan menghadapi kejohanan dunia.
“Misbun pernah menjadi jurulatih saya dan tidak salah sekiranya saya meminta pandangan daripada beliau,” jelasnya.

Misbun menggegarkan arena sukan badminton tanah air apabila membuat keputusan mengejut degan menghantar surat peletakan jawatannya selaku jurulatih perse- orangan negara pada 31 Disember tahun lalu kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Biarpun telah dipujuk untuk kembali ke pangkuan BAM dan di- berikan tawaran baru untuk menjadi jurulatih skuad pelapis negara, namun Misbun tetap dengan keputusannya itu.
Dalam perkembangan lain, Chong Wei akan beraksi pada Kejohanan Badminton Terbuka Indo- nesia yang bermula 21 hingga 26 Jun ini.
Ia merupakan kejohanan terakhir buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu sebelum menghadapi Kejohanan Dunia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...